Susun jerami di tepi permatang
Selasih digengam di tapak tangan
Kami ucapkan selamat datang
Terima kasih atas sokongan.
Tepak sireh adalah objek yang menjadi tumpuan ketika majlis meminang, bertunang dan pernikahan dalam istiadat Melayu. Membawa maksud yang tersirat, penggunaan tepak sireh dan bahan-bahan yang lengkap seperti sireh, kapur, gambir, pinang dan tembakau menambah segala maksud yang ingin disampaikan oleh si pembawa.
Terletak elok di tempat teduh
Sehari dua tidak akan layu
Tuntutan adat dipegang teguh
Tepak sireh budaya Melayu.
Bersesuaian dengan kegunaan tepak sireh yang berkait rapat dengan urusan perkahwinan masyarakat Melayu, Tepak Sireh Sdn Bhd juga terlibat secara langsung dalam perniagaan kelengkapan perkahwinan. Kebahagiaan perkahwinan bermula di sini...Hiasan perkahwinan penyeri kunjungan tetamu. Debaran hati memikirkan hari bahagia pasangan mempelai anda, maka terciptalah sebuah realiti untuk mengakhiri segala beban angan-angan itu dengan memilih sentuhanTepaksireh. Bermula dengan keperluan merisik, meminang serta penyeri di majlis bersanding, semuanya adalah yang terindah bagi mencapai impian perkahwinan anda. Yang moden menjadi keutamaan, yang tradisional masih tidak dilupakan. Rakamkan kenangan manis yang abadi di hati seisi keluarga. Nikmatilah keindahan, hanya dari Tepak Sireh Galeri Perkahwinan yang terletak di Nilai 3.
Hujan menitis embun ditadah
buat membasuh secangkir darah
rahsia hantaran terungkai sudah
Tepak Sireh penghias sejarah

Pinang dihulur sudilah makan
Sirih beralas ukiran gangsa
Tepak sirih kami dahulukan
Tanda adat budaya bangsa.